Friday, July 24, 2009

KARNIVAL SAMTK




25 JULAI 2009
Pada tarikh ini SAMTK menganjurkan Karnival SAMTK.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mewarna, pertandingan motosikal berkuasa tinggi, pameran kereta oleh kelab Honda, pertandingan karaoke, pameran, pemeriksaan kesihatan, rumah hantu dan jualan gerai-gerai makanan dan pakaian.
Program ini telah dirasmikan oleh pegawai PPD iaitu encik Suhaimi bin Yaidi.
Pada sebelah malam pula diadakan Forum Perdana Ehwal Islam yang bertajuk "Anak Disayang, Ilmu Dijulang". Ahli panel yang terlibat ialah ustaz Ridhuan Tee dan Ustaz Uda Kasim.

Monday, June 29, 2009

PROGRAM KEPIMPINAN EXCO ASRAMA


Prograam yg dianjurkan oleh pihak asrama ini telah dijalankan di Pulau Kapas Kuala Terengganu pada 8 hingga 10 Jun 2009. ia disertai oleh 24 orang exco aspura dan aspuri serta warden-warden asrama. antara aktiviti yang dijalankan adalah snorkelling, jungle trekking, qiamullail dan malam kebudayaan. semoga program ini berjaya meningkatkan lagi kepimpinan exco asrama.

Thursday, June 25, 2009

MAJLIS SILATURRAHMI

Majlis yang telah dijalankan pada 26 jun 2009 ini adalah acara yang diadakan setiap tahun oleh pihak sekolah. di samping menandatangani buku kemajuan pelajar, ibu bapa juga berpeluang membincangkan hal2 berkaitan prestasi akademik anak mereka bersama guru kelas masing-masing. majlis yang berjalan di setiap kelas ini diharapkan dapat meningkatkan lagi prestasi akademik pelajar sekolah ini.

Wednesday, May 6, 2009

MOTTO SAMTK

S-Sahsiah mantap

A-Amal soleh dan beriltizam

M-Motivasi,iman dan ilmu

T-Takwa,tekun,tabah

K-Kecemerlangan dan kepimpinan berteladan

PENGETUA YANG PERNAH BERKHIDMAT

1) Hj Mokhtar bin Ibak (sudah meninggal)

2) Hj Mahali bin Hj Abd Fattah

3) Hjh Fauziah binti Mohd Saleh

4) Hj Bahari bin Bustamam

5) Ustaz Sakip bin Mansor

6) Tuan Haji Nahrowi bin Haji Taib

7) Tuan Haji Abdullah Salleh bin Sulaiman

*untuk makluman, senarai ini tidak mengikut urutan tahun pengetua tersebut berkhidmat.
sekiranya maklumat tersebut telah diperolehi, post ini akan di edit semula. terima kasih.

Monday, May 4, 2009

SEJARAH 6 - BERPINDAH KE BANGUNAN BARU


Pada 9 julai 2002, sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru yang mempunyai 3 blok akademik setinggi 3 tingkat, dan menempatkan 4 blok asrama setinggi 3 tingkat untuk kediaman pelajar putera dan puteri sekolah ini yang terletak di Batu 9 Jalan Bernam,Tanjung Karang di kawasan seluas 15 ekar. Sekolah ini juga turut dilengkapi dengan kemudahan surau, dewan besar dan kantin sekolah. Dengan pemindahan ini,SAMSD yang dahulunya berkongsi bangunan dengan SRA Seri Desa,telah menjadi sekolah agama menengah harian berasrama.

Pada tahun 2006,SAMTK yang dahulunya di bawah pentadbiran kerajaan negeri
selangor sepenuhnya telah didaftarkan sebagai SABK di bawah kementerian pelajaran Malaysia.

SEJARAH 5 - PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK

apabila ibu bapa menyedari kepentingan didikan agama kepada anak-anak, JAIS tidak dapat mengatasi permintaan dengan sepenuhnya bukan sahaja di Tanjung Karang bahkan di seluruh Negeri Selangor Darul Ehsan.Dari tahun ke setahun, pencapaian pelajar di sekolah ini adalah sangat membanggakan,boleh dikatakan pencapaian yang terbaik dalam daerah Kuala Selangor amnya dan di Tanjung Karang khasnya,yang mana pelajarnya banyak yang melanjutkan pelajaran ke universiti dalam dan luar negeri.Pada tahun 1995,sekolah ini telah mencatat sejarah di mana keputusan PMR mencapai kelulusan 100 peratus.

SEJARAH 4 - SALAH FAHAM GOLONGAN ANTI-SAMR


Sebab-sebab kemerosotan pelajar di SAMR kerana pada ketika itu ramai di kalangan bijak pandai anti kepada SAMR dan berkempen supaya para pelajar jangan masuk ke SAMR. Kononnya pada masa hadapan tidak akan menjamin kehidupan mereka.Jika difikirkan memang ada kebenarannya.Terpaksalah guru-guru berkempen ke sana ke mari menerangkan kepada ibu bapa untuk memberikan fahaman betapa pentingnya anak-anak diberikan didikan agama yang sempurna supaya pada masa hadapan,ibu bapa tidak akan dimurkai Allah.

Peringkat awalnya kurang mendapat sambutan daripada ibu bapa,yang hanya dapat diperolehi hanya pelajar yang lemah dan dianggap sebagai sampah sahaja masuk ke sekolah ini.Walau bagaimanapun dengan kegigihan semua guru menjalankan tugas kerana Allah,pelajar yang lemah dapat dididik dengan mendapat kejayaan yang memuaskan.Setelah ibu bapa menyedari kebaikan belajar di sekolah agama telah menyebabkan sebilangan besar ibu bapa menghantar anak-anaknya ke sekolah agama sehingga mendatangkan masalah kepada tenaga pengajar dan tempat pembelajaran untuk belajar.Terpaksalah pihak JAIS mengadakan syarat yang ketat kepada para pelajar untuk memasuki sekolah agama.

Dengan penolakan pelajar yang begitu ramai,sekali lagi guru-guru menghadapi cabaran dari orang kampung kerana dahulu kita meminta agar anak-anaknya dimasukkan ke Sekolah Agama Menengah.Tapi sekarang disekat pula daripada untuk memasukinya termasuklah anak-anak yang menentang dengan SAMR ketika dahulu.

LAGU SEKOLAH SAMTK

Ilmu cahaya slogan sekolah kami
SAM Tanjung Karang yang kami sanjungi
Menjadi gedung ilmu penyuluh diri
Demi melahir insan muttaqin

Amal soleh dan beriltizam
Menjadi amalan warga kami
Guru,pelajar bersatu hati
Melonjak kecemerlangan

Kami berani dan berkeyakinan
Kami bersemangat berusaha
Menuju cita-cita menabur bakti
Untuk agama bangsa dan Negara

Rukun islam dan iman
Menjadi asas ketenangan
Dalam kehidupan
Nilai murni diterapkan

Al-quran dan sunnah menjadi pegangan
Seiring dengan falsafah pendidikan kebangsaan

SEJARAH 3 - PEMBINAAN BANGUNAN BARU


Pada tahun 1979,Y.B Dato’ Kamaruzaman berusaha untuk membina sekolah yang lebih sempurna dan berjaya mendapatkan dua blok bangunan baru dua tingkat lengkap dengan makmalnya sekali dan dinamakan Sekolah Agama Menengah Seri Desa,diambil sempena daripada nama rumah beliau (Bangunan seri desa) dan diikuti dengan nama sekolah lain dan taman di persekitarannya yang dipanggil Seri Desa.

Pada tahun 1981 sekolah ini dengan rasminya menjadi Sekolah Agama Menengah Seri Desa dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Hj Hormat bin Rafae yang menjadi menteri besar Selangor pada ketika itu.

SEJARAH 2 - MASALAH YANG WUJUD


Jabatan Agama Islam Selangor Darul Ehsan (JAIS) telah bersetuju melantik ustaz Hj Mokhtar bin Ibak (telah meninggal) sebagai pengetua pertama di sekolah ini dan penolong kanannya ustaz Hj Jumali bin Hj Siraj (telah meninggal).

Dengan adanya gabungan pelajar tersebut,maka keadaan tempat tidak mencukupi dan pembelajaran terpaksa diadakan dalam dua sesi iaitu pagi dan petang yang mana
guru-gurunya ketika itu kurang berkemampuan.Dengan kadar setakat mampu sahaja
mengenai palajaran akademik yang baru diperkenalkan serta dibantu oleh guru sementara.Atas kegigihan guru-guru berkenaan,alhamdulillah kebanyakan pelajar berkenaan banyak antaranya mendapat kejayaan yang menggalakkan dan ada antaranya melanjutkan pelajaran ke universiti.

Wednesday, April 29, 2009

WAJAH SEKOLAH LAMA

ini adalah bangunan asal sekolah ini yang terletak di Jalan Sungai Kajang. Bangunan yang ini memiliki 10 buah kelas.

SEJARAH AWAL SEKOLAH

Sekolah ini berasal dengan nama Sekolah Menengah Ugama,Pekan Tanjung Karang.Lanjutan pertukaran kurikulum daripada Darjah Khas (Bahasa Malaysia) kepada Sekolah Agama Menengah Rendah (SAMR) Bahasa Arab,bermula pada tahun 1975 yang mana guru besarnya pada ketika itu ialah ustaz Amir bin Ahmad Sujau yang kini telah bersara.

Pada tahun 1977,sekolah ini telah menghadapi kekurangan murid yang sangat serius,yang mana muridnya hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja.Dengan daya usaha Yang Berhormat Dato’ Hj Kamaruzaman bin Hj Ahmad yang ketika itu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Pengurus juga menjadi ADUN kawasan Tanjung Karang (telah meninggal dunia /7/1996).Untuk mengatasinya,kerana inilah satu-satunya sekolah yang berada di kawasan Tanjung Karang,beliau mengumpulkan guru besar dan jawatankuasa sekolah-sekolah Agama Menengah Rendah yang ada di Tanjung Karang iaitu SAMR Sungai Tengi Kanan,Batu 11,Block “S” Sungai Burung,Sungai Sireh dan pekan Tanjung Karang bagi membincangkan bagaimana cara menghidupkan sekolah ini.Turut sama hadir di majlis perjumpaan tersebut Tuan Nazir Shamsuddin bin Husin (sudah meninggal).

Hasil perbincangan tersebut,mereka telah mengambil keputusan supaya dua buah sekolah sahaja yang dibuka iaitu Batu 11,Tanjung Karang.Untuk mengelakkan daripada rasa kurang puas hati,maka kesemua SAMR dipindahkan ke SAMR Tanjung Karang bersama dengan guru-gurunya,dan pengetuanya hendaklah dari kalangan guru yang berkelulusan Al-Azhar.

Visi Sekolah

Menjadi sekolah cemerlang dalam kalangan SABK Negeri Selangor menjelang tahun

2012.

Misi Sekolah

“Mendidik pelajar secara bersepadu dengan bersungguh-sungguh ke arah kecemerlangan

akademik,kokurikulum dan rohani.

Bagi melahirkan insan yang bersahsiah unggul berlandaskan falsafah pendidikan

Negara.”