Wednesday, May 6, 2009

MOTTO SAMTK

S-Sahsiah mantap

A-Amal soleh dan beriltizam

M-Motivasi,iman dan ilmu

T-Takwa,tekun,tabah

K-Kecemerlangan dan kepimpinan berteladan

PENGETUA YANG PERNAH BERKHIDMAT

1) Hj Mokhtar bin Ibak (sudah meninggal)

2) Hj Mahali bin Hj Abd Fattah

3) Hjh Fauziah binti Mohd Saleh

4) Hj Bahari bin Bustamam

5) Ustaz Sakip bin Mansor

6) Tuan Haji Nahrowi bin Haji Taib

7) Tuan Haji Abdullah Salleh bin Sulaiman

*untuk makluman, senarai ini tidak mengikut urutan tahun pengetua tersebut berkhidmat.
sekiranya maklumat tersebut telah diperolehi, post ini akan di edit semula. terima kasih.

Monday, May 4, 2009

SEJARAH 6 - BERPINDAH KE BANGUNAN BARU


Pada 9 julai 2002, sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru yang mempunyai 3 blok akademik setinggi 3 tingkat, dan menempatkan 4 blok asrama setinggi 3 tingkat untuk kediaman pelajar putera dan puteri sekolah ini yang terletak di Batu 9 Jalan Bernam,Tanjung Karang di kawasan seluas 15 ekar. Sekolah ini juga turut dilengkapi dengan kemudahan surau, dewan besar dan kantin sekolah. Dengan pemindahan ini,SAMSD yang dahulunya berkongsi bangunan dengan SRA Seri Desa,telah menjadi sekolah agama menengah harian berasrama.

Pada tahun 2006,SAMTK yang dahulunya di bawah pentadbiran kerajaan negeri
selangor sepenuhnya telah didaftarkan sebagai SABK di bawah kementerian pelajaran Malaysia.

SEJARAH 5 - PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK

apabila ibu bapa menyedari kepentingan didikan agama kepada anak-anak, JAIS tidak dapat mengatasi permintaan dengan sepenuhnya bukan sahaja di Tanjung Karang bahkan di seluruh Negeri Selangor Darul Ehsan.Dari tahun ke setahun, pencapaian pelajar di sekolah ini adalah sangat membanggakan,boleh dikatakan pencapaian yang terbaik dalam daerah Kuala Selangor amnya dan di Tanjung Karang khasnya,yang mana pelajarnya banyak yang melanjutkan pelajaran ke universiti dalam dan luar negeri.Pada tahun 1995,sekolah ini telah mencatat sejarah di mana keputusan PMR mencapai kelulusan 100 peratus.

SEJARAH 4 - SALAH FAHAM GOLONGAN ANTI-SAMR


Sebab-sebab kemerosotan pelajar di SAMR kerana pada ketika itu ramai di kalangan bijak pandai anti kepada SAMR dan berkempen supaya para pelajar jangan masuk ke SAMR. Kononnya pada masa hadapan tidak akan menjamin kehidupan mereka.Jika difikirkan memang ada kebenarannya.Terpaksalah guru-guru berkempen ke sana ke mari menerangkan kepada ibu bapa untuk memberikan fahaman betapa pentingnya anak-anak diberikan didikan agama yang sempurna supaya pada masa hadapan,ibu bapa tidak akan dimurkai Allah.

Peringkat awalnya kurang mendapat sambutan daripada ibu bapa,yang hanya dapat diperolehi hanya pelajar yang lemah dan dianggap sebagai sampah sahaja masuk ke sekolah ini.Walau bagaimanapun dengan kegigihan semua guru menjalankan tugas kerana Allah,pelajar yang lemah dapat dididik dengan mendapat kejayaan yang memuaskan.Setelah ibu bapa menyedari kebaikan belajar di sekolah agama telah menyebabkan sebilangan besar ibu bapa menghantar anak-anaknya ke sekolah agama sehingga mendatangkan masalah kepada tenaga pengajar dan tempat pembelajaran untuk belajar.Terpaksalah pihak JAIS mengadakan syarat yang ketat kepada para pelajar untuk memasuki sekolah agama.

Dengan penolakan pelajar yang begitu ramai,sekali lagi guru-guru menghadapi cabaran dari orang kampung kerana dahulu kita meminta agar anak-anaknya dimasukkan ke Sekolah Agama Menengah.Tapi sekarang disekat pula daripada untuk memasukinya termasuklah anak-anak yang menentang dengan SAMR ketika dahulu.

LAGU SEKOLAH SAMTK

Ilmu cahaya slogan sekolah kami
SAM Tanjung Karang yang kami sanjungi
Menjadi gedung ilmu penyuluh diri
Demi melahir insan muttaqin

Amal soleh dan beriltizam
Menjadi amalan warga kami
Guru,pelajar bersatu hati
Melonjak kecemerlangan

Kami berani dan berkeyakinan
Kami bersemangat berusaha
Menuju cita-cita menabur bakti
Untuk agama bangsa dan Negara

Rukun islam dan iman
Menjadi asas ketenangan
Dalam kehidupan
Nilai murni diterapkan

Al-quran dan sunnah menjadi pegangan
Seiring dengan falsafah pendidikan kebangsaan

SEJARAH 3 - PEMBINAAN BANGUNAN BARU


Pada tahun 1979,Y.B Dato’ Kamaruzaman berusaha untuk membina sekolah yang lebih sempurna dan berjaya mendapatkan dua blok bangunan baru dua tingkat lengkap dengan makmalnya sekali dan dinamakan Sekolah Agama Menengah Seri Desa,diambil sempena daripada nama rumah beliau (Bangunan seri desa) dan diikuti dengan nama sekolah lain dan taman di persekitarannya yang dipanggil Seri Desa.

Pada tahun 1981 sekolah ini dengan rasminya menjadi Sekolah Agama Menengah Seri Desa dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Hj Hormat bin Rafae yang menjadi menteri besar Selangor pada ketika itu.

SEJARAH 2 - MASALAH YANG WUJUD


Jabatan Agama Islam Selangor Darul Ehsan (JAIS) telah bersetuju melantik ustaz Hj Mokhtar bin Ibak (telah meninggal) sebagai pengetua pertama di sekolah ini dan penolong kanannya ustaz Hj Jumali bin Hj Siraj (telah meninggal).

Dengan adanya gabungan pelajar tersebut,maka keadaan tempat tidak mencukupi dan pembelajaran terpaksa diadakan dalam dua sesi iaitu pagi dan petang yang mana
guru-gurunya ketika itu kurang berkemampuan.Dengan kadar setakat mampu sahaja
mengenai palajaran akademik yang baru diperkenalkan serta dibantu oleh guru sementara.Atas kegigihan guru-guru berkenaan,alhamdulillah kebanyakan pelajar berkenaan banyak antaranya mendapat kejayaan yang menggalakkan dan ada antaranya melanjutkan pelajaran ke universiti.