Wednesday, April 29, 2009

SEJARAH AWAL SEKOLAH

Sekolah ini berasal dengan nama Sekolah Menengah Ugama,Pekan Tanjung Karang.Lanjutan pertukaran kurikulum daripada Darjah Khas (Bahasa Malaysia) kepada Sekolah Agama Menengah Rendah (SAMR) Bahasa Arab,bermula pada tahun 1975 yang mana guru besarnya pada ketika itu ialah ustaz Amir bin Ahmad Sujau yang kini telah bersara.

Pada tahun 1977,sekolah ini telah menghadapi kekurangan murid yang sangat serius,yang mana muridnya hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja.Dengan daya usaha Yang Berhormat Dato’ Hj Kamaruzaman bin Hj Ahmad yang ketika itu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Pengurus juga menjadi ADUN kawasan Tanjung Karang (telah meninggal dunia /7/1996).Untuk mengatasinya,kerana inilah satu-satunya sekolah yang berada di kawasan Tanjung Karang,beliau mengumpulkan guru besar dan jawatankuasa sekolah-sekolah Agama Menengah Rendah yang ada di Tanjung Karang iaitu SAMR Sungai Tengi Kanan,Batu 11,Block “S” Sungai Burung,Sungai Sireh dan pekan Tanjung Karang bagi membincangkan bagaimana cara menghidupkan sekolah ini.Turut sama hadir di majlis perjumpaan tersebut Tuan Nazir Shamsuddin bin Husin (sudah meninggal).

Hasil perbincangan tersebut,mereka telah mengambil keputusan supaya dua buah sekolah sahaja yang dibuka iaitu Batu 11,Tanjung Karang.Untuk mengelakkan daripada rasa kurang puas hati,maka kesemua SAMR dipindahkan ke SAMR Tanjung Karang bersama dengan guru-gurunya,dan pengetuanya hendaklah dari kalangan guru yang berkelulusan Al-Azhar.

No comments:

Post a Comment